Click Sini:

Sunday 17 July 2011

BM: Bangkitlah Pemain Ke-12

Jadikan gambar dibawah sebagai iktibar! Mungkin alasan tidak ke Singapore pada 23hb boleh diterima berdasarkan kekangan tertentu. Tapi untuk 28hb, jangan bagi alasan lagi! Mai pakat-pakat penuhkan stadium bola sepak ke -9 terbesar di dunia kebanggaan kita ini!























ALASAN JAUH, KOS TINGGI, TAKDE TRANSPORT, DSB DAH LAPOK DAH JANG OII!!


Gambar ni diambil ketika perlawanan Malaysia vs Liverpool, maybe ade yg kata diorang ni fans Man U kot... Lantak korang la nak cakap ape. Yang penting tengok diri korang dulu masa game tu pakai baju kaler ape...

Wednesday 29 June 2011

BM: Malaysia 2 vs 1 Taiwan (Result + Videos)


Bukit Jalil - Skuad Negara kelihatan agak goyah pada 15 minit terawal di separuh masa pertama dengan membenarkan pemain Chinese Taipei melakukan sepakan-sepakan deras dari luar kotak penalti. Setelah itu, Dato K. Rajagopal dilihat ingin menukar corak taktikal permainan. Beliau menggantikan bek kanan iaitu Helmi dengan penyerang sensasi Terengganu iaitu Abdul Hadi Yahya. Pertukaran tersebut dilihat mendatangkan hasil apabila Hadi bersama-sama dengan Kunanlan berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan pihak lawan.

Malaysia memperoleh gol pertama menerusi rembatan cantik ketua pasukan Safiq Rahim pada babak pertama. Pada babak kedua Aidil Zafuan membuat tandukan kemas hasil hantaran Safiq Rahim susulan daripada sepakan sudut. Malaysia dilihat seperti kehilangan rentak apabila 'general midfield' Safiq Rahim menerima terjahan keras dari pihak lawan dan tidak dapat beraksi dengan baik. Ketika pemain Harimau kelihatan agak leka, pemain gantian Chinese Taipei menjaringkan gol sagu hati pasukan lawan hasil daripada gerakan pantas pemain sayapnya.

Tugasan berat perlu dipikul oleh skuad negara berikutan daripada bekalan satu gol pihak pelawat apabila Harimau Malaya bertandang ke Chinese Taipei kelak. Tapi aku yakin pemain Malaysia dapat menggalas cabaran ini dengan lebih baik dan berharap lebih ramai pemain utama dapat diturunkan seperti Khairul Fahmi dan Norshahrul Idlan Talaha.

Diharap pemain yang mengalami kecedaran pada perlawanan tadi seperti Safee Sali dan Safiq Rahim akan kembali pulih untuk perlawanan di pusingan kedua. Jika dilihat daripada analisis perlawanan, Chinese Taipei dilihat agak tumpul dari segi serangan dan semua percubaan yang dihasilkan adalah dari jarak jauh kecuali melalui satu counter yang menghasilkan gol. Namun, 'unknown quantity' iaitu dua pemain mereka yang pernah bermain di liga Sepanyol dan Belgium masih lagi disimpan dan belum di tonjolkan. - BM