Click Sini:

Sunday 17 July 2011

BM: Bangkitlah Pemain Ke-12

Jadikan gambar dibawah sebagai iktibar! Mungkin alasan tidak ke Singapore pada 23hb boleh diterima berdasarkan kekangan tertentu. Tapi untuk 28hb, jangan bagi alasan lagi! Mai pakat-pakat penuhkan stadium bola sepak ke -9 terbesar di dunia kebanggaan kita ini!























ALASAN JAUH, KOS TINGGI, TAKDE TRANSPORT, DSB DAH LAPOK DAH JANG OII!!


Gambar ni diambil ketika perlawanan Malaysia vs Liverpool, maybe ade yg kata diorang ni fans Man U kot... Lantak korang la nak cakap ape. Yang penting tengok diri korang dulu masa game tu pakai baju kaler ape...

Wednesday 29 June 2011

BM: Malaysia 2 vs 1 Taiwan (Result + Videos)


Bukit Jalil - Skuad Negara kelihatan agak goyah pada 15 minit terawal di separuh masa pertama dengan membenarkan pemain Chinese Taipei melakukan sepakan-sepakan deras dari luar kotak penalti. Setelah itu, Dato K. Rajagopal dilihat ingin menukar corak taktikal permainan. Beliau menggantikan bek kanan iaitu Helmi dengan penyerang sensasi Terengganu iaitu Abdul Hadi Yahya. Pertukaran tersebut dilihat mendatangkan hasil apabila Hadi bersama-sama dengan Kunanlan berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan pihak lawan.

Malaysia memperoleh gol pertama menerusi rembatan cantik ketua pasukan Safiq Rahim pada babak pertama. Pada babak kedua Aidil Zafuan membuat tandukan kemas hasil hantaran Safiq Rahim susulan daripada sepakan sudut. Malaysia dilihat seperti kehilangan rentak apabila 'general midfield' Safiq Rahim menerima terjahan keras dari pihak lawan dan tidak dapat beraksi dengan baik. Ketika pemain Harimau kelihatan agak leka, pemain gantian Chinese Taipei menjaringkan gol sagu hati pasukan lawan hasil daripada gerakan pantas pemain sayapnya.

Tugasan berat perlu dipikul oleh skuad negara berikutan daripada bekalan satu gol pihak pelawat apabila Harimau Malaya bertandang ke Chinese Taipei kelak. Tapi aku yakin pemain Malaysia dapat menggalas cabaran ini dengan lebih baik dan berharap lebih ramai pemain utama dapat diturunkan seperti Khairul Fahmi dan Norshahrul Idlan Talaha.

Diharap pemain yang mengalami kecedaran pada perlawanan tadi seperti Safee Sali dan Safiq Rahim akan kembali pulih untuk perlawanan di pusingan kedua. Jika dilihat daripada analisis perlawanan, Chinese Taipei dilihat agak tumpul dari segi serangan dan semua percubaan yang dihasilkan adalah dari jarak jauh kecuali melalui satu counter yang menghasilkan gol. Namun, 'unknown quantity' iaitu dua pemain mereka yang pernah bermain di liga Sepanyol dan Belgium masih lagi disimpan dan belum di tonjolkan. - BM



Malaysia vs Taiwan: Ayuh Penyokong ke-12!!!

mengaum lapar sang SINGA UTARA,
sang KENARI terbang membelah awan
gagah SELADANG ibarat badang,
laju HARIMAU KUMBANG ibarat pejuang,
dahaga THE RED WARRIORS kerana darah,
......tangisan PENYU kerana maruah,
GERGASI MERAH marah membara,
tanduk sang RUSA kerana perkasa,
bisa Si Jengking bukan kepalang,
lincah HANG TUAH si pahlwan bangsa ,
tenang-tenang Si BUJANG SENANG,
amuk TOK GAJAH kalau di usik,
lalu sang BADAK gerun melanda,
kerana HARIMAU MALAYA mereka turutkan,


bersatu menentang TAIWAN


Credit to Zarn Reyes

Friday 20 May 2011

Keputusan Liga Super (18/5/11)

PERAK 1 - 1 SABAH

T-TEAM 2 - 1 SELANGOR

FELDA UTD 1 - 3 KELANTAN

HARIMAU MUDA A 1 - 2 TERENGGANU

PAHANG 0 : 2 K.LUMPUR

N.SEMBILAN 2 - 1 JOHOR FC

KEDAH 2 - 0 PERLIS

Tuesday 10 May 2011

KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA SUPER - 9/5/2011 (ISNIN)

Kuala Lumpur 3 - 0 Perlis
Johor FC 2 - 1 Terengganu
Kedah 0 - 2 Selangor
Sabah 2 - 0 Pahang
Harimau Muda 'A' 1 - 1 Perak
T-Team 2 - 0 Felda United FC

Monday 2 May 2011

BM: Safee Sali Kembali Meledak!! Selepas dua perlawanan tanpa gol

Pelita Jaya vs Srivijaya FC : 1 gol
Pelita Jaya vs Persisam : 0 gol
Pelita Jaya vs Persib Bandung : 0 gol
Pelita Jaya vs Bontang FC : 2 gol
Pelita Jaya vs Persijap Jepara : 1 gol
Pelita Jaya vs Persela : 1 gol

Pelita Jaya vs Arema : 0 gol
Pelita Jaya vs Deltras : 0 gol
Pelita Jaya vs Semen Padang : 1 gol


6 gol in 9 games and counting...


VIVAnews - Pelatih Semen Padang Nilmaizar mengakui kehebatan permainan Pelita Jaya saat menjamu timnya di Stadion Singaperbangsa, Minggi, 1 Mei 2011, yang berakhir dengan skor imbang 2-2.

Jaringan Safee Sali

Namun, hasil itu, kata Nilmaizar sudah memuaskan Semen Padang, karena Pelita bermain sangat bagus. "Hasil draw ini diraih dengan sulit karena Pelita bermain bagus," kata Nilmaizar kepada VIVAnews.com, Senin 2 Mei.

Selain itu, secara keseluruhan pemainnya sudah bermain bagus dan mampu lolos dari kekalahan anak-anak Pelita. "Anak-anak bermain bagus. Penuh fighting spirit," ungkapnya.

Seperti diketahui, pertandingan keduanya sempat terhenti beberapa menit karena diwarnai aksi mogok pemain tim tamu lantaran tidak puas dengan keputusan wasit.

Nilmaizar sang pelatih disebut-sebut sebagai dalangnya. Menanggai itu, ia hanya santai menjawab. "Saya hanya berusaha menenangkan pemain, tidak memprovokasi pemain," tuturnya.

"Dan saya memanggil anak-anak ke pinggir lapangan bukan untuk memprovokasi mereka untuk memboikot pertandingan, tapi menahan emosi mereka agar tidak kena kartu merah, karena bisa merugikan," lanjutnya.

Meski diakui Nilmaizar banyak keputusan wasit yang telah merugikan jalannya pertandingan. "Tidak sedikit keputusan wasit yang merugikan ke dua tim yang sudah bermain bagus,"

Dengan hasil imbang ini, lanjut Nilmaizar bisa menjadi modal untuk mempersiapkan timnya bertandang ke kandang PSPS Pekanbaru 8 Mei mendatang.

Laporan: Erinaldi | Padang
• VIVAnews

Saturday 30 April 2011

Sunday 24 April 2011

BM: Awok pon sokong Malaysia. Anda bagaimana?



Ha! dengar tu... Kak Limah pon dah suka. Hangpa bila lagi? Mai pakat-pakat penuhkan stadium...

BM: Keputusan Liga Super 23/4/2011 (Result & Video)

Terengganu 3-0 Perak

Sabah 1-2 Selangor

Negeri Sembilan 3-1 Pahang




Kedah 1-2 Harimau Muda A


Johor FC 2-1 Terengganu

Monday 18 April 2011

BM: Friendly Malaysia Olympic vs Qatar Olympic

Tarikh: 13 Jun 2011
Masa : 7.15 malam
Tempat: Stadium Al Saad Sports Club, Doha

Malaysia akan meneruskan latihan di Doha sehingga 17 Jun sebelum bertolak ke Beirut perlawanan kelayakkan Olimpik Zon Asia menentang Lubnan pada 19 Jun

Sunday 17 April 2011

BM: Keputusan Liga Super 16/4/2011, Selangor Kukuhkan Kedudukan

KELANTAN 0 SABAH 0


SELANGOR 1 PERAK 0


KUALA LUMPUR 3 T-TEAM 1





JOHOR FC 0 HARIMAU MUDA A 1

KEDAH 1 PAHANG 0

PERLIS 3 N SEMBILAN 2

Friday 15 April 2011

BM: Recap! Top 3 Gol Harimau Malaya

1st goal: Hardi Jaafar (1st leg semifinal AFF 2007 MAS vs SIN)
2nd goal: Amri Yahyah (Manchester United Asia Tour 2009 MAS vs MU)
3rd goal: Syamsuri Mustafa (Semifinal SEA GAMES 2003 MAS vs VIE)

BM: (Video) Updated! Safee Sali gol vs Persela

Gol kelima SS dengan video berkualiti

Thursday 14 April 2011

BM: Popular! Safee Sali Jadi Pelawak

Disebalik desas-desus yang memanaskan hubungan kedua-dua negara, siapa sangka seorang pemain bola sepak boleh menyatupadukan kita.
Terima kasih SS kerana menjadi duta Malaysia



Wednesday 13 April 2011

BM: Safee Gol Lagi? Update gol Safee

Sekarang 5 gol daripada 6 perlawanan. Tread sebelum ni click sini. Update:

Pelita Jaya vs Srivijaya FC : 1 gol
Pelita Jaya vs Persisam : 0 gol
Pelita Jaya vs Persib Bandung : 0 gol
Pelita Jaya vs Bontang FC : 2 gol
Pelita Jaya vs Persijap Jepara : 1 gol
Pelita Jaya vs Persela : 1 gol


VIVanews - Persela Lamongan harus puas berbagi poin saat menjamu Pelita Jaya dalam lanjutan Indonesia Super League (ISL) di Stadion Surajaya, Rabu, 13 April 2011. Kedua tim bermain dengan skor akhir 1-1.

Gol Persela dicetak oleh Gustavo Fabian Lopez pada menit ke-70. Sedangkan gol Pelita Jaya dicetak oleh Safee Mohd Sali pada menit ke-49.

Dengan hasil imbang ini, Persela saat ini mengoleksi 26 poin dari 19 laga. Sementara Pelita mengoleksi 20 poin dari 20 laga.

Walaupun bermain di kandang lawan, The Young Guns tetap tampil apik di 45 menit pertama. Beberapa peluang apik bahkan tercipta di babak pertama.

Pelita mempunyai peluang pada menit ke-20 lewat tendangan Juan Ramirez dari luar kotak penalti. Sayang, tendangan kerasnya mampu ditepis oleh kiper Persela, Choirul Huda.

Lima menit kemudian, giliran Safee Mohd Sali mengancam gawang tuan rumah lewat tendangan bebas. Lagi-lagi, Pelita gagal menjebol gawang Persela setelah tendangan pemain Malaysia itu hanya membentur gawang.

Di saat asyik melakukan serangan, Pelita Jaya harus kehilangan satu pemainnya. Juan Ramirez mendapatkan kartu merah pada menit ke-27 setelah menyikut wajah Fachrudin Mustafi.

Bermain dengan 10 pemain langsung dimanfaatkan oleh tuan rumah. Serangan Persela yang dimotori oleh gelandang Gustavo Fabian Lopez sempat membuat pertahanan Pelita goyah.

Namun, sebelum turun minum beberapa serangan pemain asal Argentina itu masih bisa diredam oleh pemain belakang Pelita. Skor sementara bertahan 0-0.

Memasuki babak kedua, meski bermain dengan sepuluh pemain tidak membuat Pelita mengendurkan serangan. Pelita justru secara mengejutkan unggul terlebih dahulu pada menit ke-49 lewat gol Safee. Gol terjadi berkat umpan tarik Maqdis Shalim Alfarizi di area kotak penalti.

Tertinggal satu gol membuat Persela tampil agresif. Namun, Pelita setiap kali diserang selalu menumpuk banyak pemain di belakang. Strategi itu rupanya sukses membuat serangan Persela selalu gagal.

Tapi tuan rumah tidak menyerah. Pada menit ke-70, Persela akhirnya mampu menjebol gawang Pelita lewat tendangan bebas. Gustavo Fabian Lopez yang menjadi eksekutor sukses merobek gawang setelah tendangannya sempat mengenai kaki Chris Doig. Hingga laga usai, skor tetap bertahan 1-1.

Source: vivanews

Tuesday 12 April 2011

BM: Perak Ganyang Kelantan (Result & Video)

Perak membelasah Kelantan dengan jaringan 4 berbalas 0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Ipoh sebentar tadi.

Gol pertama


Gol kedua


Gol ketiga


Gol keempat


Lain lain:
Harimau Muda A 1 - 0 Kuala Lumpur
Pahang 0 - 0 Johor FC
Felda United FC 0 - 1 Selangor


Negeri Sembilan 0 - 2 Kedah
T-Team 0 - 1 Terengganu
Sabah 2 - 2 Perlis

BM: ISL Fixture, 13/4/2011


Rabu 13-Apr-2011
DELTRAS vs SEMEN PADANG
PERSIB vs PERSISAM
PERSELA vs PELITA JAYA


Safee punya GAME!

BM: Recap! Wonder Goal Hardi Jaafar

Sunday 10 April 2011

BM: Kelantan Rebut Semula Takhta Liga - Result dan Video

Keputusan Liga Super 09/04/2011

Kelantan 6-0 Felda United
Selangor 0-2 T-Team


Sabah 2-1 Perak
Terangganu 3-1 Harimau Muda


Johor fc 0-0 Negeri Sembilan
Kuala Lumpur 0-0 Pahang
Kedah 1-0 Perlis

Saturday 9 April 2011

BM: Kedah tupaskan Perlis di halaman sendiri

Kedah menang tipis 1-0 keatas Perlis di Stadium Utama, Kangar semalam. Penalti Baddrol Bakhtiar pada babak pertama menyaksikan Perlis terus dirundung malang dalam pertemuan sesama utara yang berpihak 1-0 kepada Kedah di Stadium Utama, Kangar malam tadi. Baca sini


Friday 8 April 2011

Hairan!!fake eggs

China’s 10 Steps to Make a Fake Egg: "Sometimes in China you just never know what you will get. The most trusted products can be inspected to find the “Made in China” mark, even eggs…

Drawing on reliable data extracted from Chinese newspapers, magazines and the Internet, this study takes a closer look at the problem of faked eggs in Mainland China. It seeks to inform the scientific and medical communities regarding the problems of consuming these products as well as the short- and long-term epidemic consequences.

The most disgusting faked eggs are the â€Å“human-made” eggs. One will be absolutely sick in the stomach if one consumes this product.

In June 2003, there was a Chinese article about a consumer purchasing a bag of human-made eggs from the food market in Beijing. Although the faked eggs looked practically the same as real ones, the consumer smelled chemicals when cooking the eggs (figure 2). The egg yolk dispersed quickly when it was mixed with the egg white, and the color was pale. No flavor could be tasted after cooking. According to the officials of the National Bureau of Industry and Commerce, the faked eggs were made from chemicals."
eggs2 Chinas 10 Steps to Make a Fake Egg picture

We are sure quite a few people have thought to themselves that this is genius and they are ready to jump right out and start mass producing eggs at home.

We decided to show you the 10 step process to creating your own eggs and we think you will agree that it is just not worth the time for the money, at least if you live outside of China.

eggs fig3 Chinas 10 Steps to Make a Fake Egg picture

So what is the solution to the problem of knowing whether the eggs you are buying are fake or not???

With respect to the problem of faked eggs, the consumer council in China only taught the public to sniff the eggs as a means of differentiating the real eggs from the fake ones based on the characteristic odor of normal chicken eggs.

source:weirdasianews

BM: Selangor lwn T-Team di Astro Arena 9/4



Click sini untuk maklumat terperinci

Thursday 7 April 2011

BM: (Video) Pahang 1-2 Terengganu LIGA SUPER 2011

Terengganu naik ke tangga ke-4 Liga Super selepas menewaskan Pahang di gelangang sendiri.


Ps: Ganu Kite!!!

Wednesday 6 April 2011

BM: Badminton Jedi (Star Wars)

Sape kate Jedi tak main badminton...



Ps: Haha!! nice...

BM: Target Realistik, Sukan Asia 2014?


































Next Target?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Ps: Sukan Sea sudah, Aff Suzuki Cup sudah, maybe lepas ni Sukan Asia? Imposibble? Possible?

In RG We Trust

BM: Updated!! Harimau Muda A 1-2 Selangor (Video)

Ps: Selangor mng away tu, cayalah! Idop Red Giants!

Tuesday 5 April 2011

BM: Usop Wilcha ABPBH

Sebab aku suke sangat kat mamat nih, so aku nak post jugak video Usop ngan Abi time ABPBH. Awok tak peduli. Lawak awesome!!



Ps: Banyak gile page pasal karakter HKLBR sampai dialog yang diorang ckp pon org wat page kat Facebook. Perghh!!

BM: Update Keputusan 5/4/2011, Selangor Pendahulu Liga Super!!!

Selangor berjaya merampas takhta liga setelah menewaskan Harimau Muda A 2-1 dalam perlawanan yang ber langsung sebentar tadi. Lain-lain keputusan:

PERAK 2-PERLIS

FELDA UNITED 1-1 SABAH

HARIMAU MUDA A 1-2 SELANGOR

N.SEMBILAN 0-1 K.LUMPUR

T-TEAM 4-3 KELANTAN


KEDAH 1-2 JOHOR FC

Gol 1st Johor FC

Gol 2nd Johor FC

Gol 3rd Kedah

Monday 4 April 2011

Anwar video sex leaked on youtube

Aku tau bende ni takde kaitan ngan bola. Tapi bagi ak bende ni serius. Korang mesti dah dengar kan kat paper ke atau tenet ke atau TV dah kuar pasal bende ni. Sebenarnya mmg betul, video tu dah leaked pon kat Youtube. Mane aku tau? Pasai aku dah tengok mende tu. Isu perut buncit yang die kate xde langsung. Buncit siket je,biase la orang berumur. Video tu bukan 18sx, takde nudity, cume emotionality je.

Cumenya aku taknak la share mende ni kat blog ni. Takut mengaibkan orang dan takut blog aku kene fire kang aka langgar blogger's term. haha. Korang cari la sendiri kat youtube. Aku tak nak bagi clue. Tapi serius muka same sebijik...


Ps: Aku neutral je, bab kontroversi dan kebenaran nih lain siket

Sbb ramai yang nak link so Anwar video sex leaked on youtube

BM: Kelate nok Malaysia vs Lubnan?

KUALA LUMPUR Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mencadangkan supaya perlawanan pusingan kedua kelayakan Sukan Olimpik 2012 antara Malaysia dan Lubnan pada 23 Jun ini diadakan di Stadium Sultan Mohamed ke-IV di Kota Baharu, Kelantan.
'

HEHE...

Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa berkata pihaknya akan menghantar permohonan itu kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) melalui Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam masa terdekat ini.

Katanya jurulatih skuad Harimau Muda A, Ong Kim Swee, telah bersetuju dengan cadangan itu.

"Saya harap pihak perbadanan stadium akan memberi kerjasama dengan menaiktaraf bilik persalinan dan bilik media di stadium berkenaan," katanya dalam laman web sosial, 'Facebook'.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzudin Ahmad berkata pihaknya akan menerima cadangan daripada semua anggota gabungannya yang berminat menawarkan gelanggang bagi perlawanan itu.

Katanya sebarang cadangan yang diterima akan dikemukakan kepada Majlis Pertandingan Antarabangsa FAM yang dipengerusikan oleh Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Menurut peraturan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), katanya, stadium yang menjadi gelanggang perlawanan antara lain perlu mempunyai dua bilik persalinan dan keadaan padang yang baik.

Sementara itu, timbalan presiden KAFA, Datuk Affandi Hamzah berkata mereka sudah bersedia menjadi tuan rumah bagi perlawanan tersebut.

Skuad bimbingan Kim Swee berjaya melangkah ke pusingan kedua kelayakan Sukan Olimpik 2012 di London selepas menewaskan Pakistan dengan agregat 2-0 pada perlawanan pusingan pertama kelayakan.

Sebelum itu, Malaysia akan bertandang ke Lubnan pada perlawanan pertama pusingan kedua pada 19 Jun ini

Stadium Sultan Muhamad ke-IV yang dibina pada 1957 mampu menampung kapasiti penonton seramai 30,000 orang.

Source: BERNAMA

BM: Supermokh The Movie?

Pernah dulu dengar desas desus dari orang wayang kate tak lame lg akan ade cerita movie pasal Mokhtar Dahari. Tapi, alih2 tak jadi. Aduyai. Kate bajet tak cukup la, resource tak cukup la, filem rumit la dan macam2 lg. Nampak gayanye mcam tak jd je. Diorang sebenarnye tak tau impact sport filem kat budak2 zaman sekarang.


Filem-filem berunsur sukan ni lah yang dapat beri inspirasi kat anak2 kecil yang sama ada minat atau tidak pada bola sepak. Aku bukan nak bandingkan, tp cube tgk filem Hollywood "Remember the Titans"? korang rase terkasima tak? Cerita tu pasal American Football disamping pergolakan antara 'Blacks' and 'Whites' di Amerika.

Kalau la cerita macam ni berunsur perpaduan ditayangkan di Malaysia (Bola: Melayu, Cina, India). Tak ke maju dan aman negara kita. Time zaman Supermokh, kan kite ade Santokh Singh, R. Arumugan, dan Soh Chin Aun. 1Malaysia tu!!

Kita ada banyak cerita yang berunsur moral dan pengajaran sampai yang dok cerita pasal tukar jantina pon ade (paham2 jela) tapi boleh kate takde langsung cerita bersifat perpaduan kaum. Bagi aku bola sepak adalah platform terbaik untuk menyatupadukan rakyat Malaysia secara umumnya.

Kalo la aku ade duit kan.. (Kalo) maybe aku leh start buat cerita unsur2 sukan nih, haha


BM: Gambar exclusive Safee Sali (Pelita Jaya vs Srivijaya FC)

Pelita Jaya
Pelita Jaya
Pelita
Source: Pelitamania

Ps: Aku pon tak paham gambar nih... Sekejap Safee pakai No 10 sekejap 55. Yang pelik gambar atas skali, baju 10 seluar 55. Polik den nengok ea~

BM: Safee Sali Meledak lagi!! Safee Sali vs Persijap Jepara

Safee Sali kembali mengganas di Indonesia Super League dengan meledakkan satu lagi gol dalam perlawanan antara Pelita Jaya dan Persijap Jepara dalam perlawanan yang berlangsung tadi. Safee meletakkan Pelita Jaya di depan dengan jaringan pada minit ke '10 diikuti dengan jaringan Joko Sasongko pada minit ke '66. Pelita Jaya menang 2-0. Dengan menjaringkan gol pertama untuk Pelita Jaya semalam Safee kini telah menjaringkan 4 gol dalam 4 perlawanan.

Pelita Jaya vs Srivijaya FC : 1 gol
Pelita Jaya vs Persib Bandung : 0 gol
Pelita Jaya vs Bontang FC : 2 gol
Pelita Jaya vs Persijap Jepara : 1 gol



Ps: Nampaknya Safee bole jd top scorer ni! Vote Golden Boot For Safee! Eh/ lupe PJ vs Persisam Safee x skor!

Sunday 3 April 2011

BM: Sebelum Beliau Jadi Pemain Bola Malaysia

Memandangkan hari ini hari Ahad, aku ingat nak tulis panjang sikit. haha. Semua orang mesti tertanya-tanya kenapa sebesar-besar Malaya ini Cuma ada dua je sekolah sukan? Betul tak? Aku pon taktau jawapannya. Ko kene la tanye Shabree Chek. Aku pon bingung nape.

Dulu mase aku kecik2 ade sorang abang membe aku dapat masuk SSBJ (kalo x silap). Aku yang time tu kecik molek pon berasa kagum. Lepas tu, adik die pulak yang merupakan membe aku dpt pulak tawaran SSBJ. Aku pon bertambah-tambah kagum dengan Family die. Untuk pengetahuan korang emak membe aku ni, jual tauhu kat pasar malam Kuala Selangor, dan semestinya aku pon dok K. Sel. 

Time sekolah tu die mmg star, jd striker, tinggi pon bole tahan. Die ni mmg all-round athlete la katekan, main ape pon bole. Aku pon penah pegi umah die, time tu saje2 pinjam vcd. Haha, budak kecik. Nak kate bespren tu tipu la kan, tp ktorng mmg knl. Bapak die pon knl bapak aku. Lepas tu, aku dapat tawaran pergi sekolah asrama penuh dan die pon menyambung journey beliau ke SSBJ.

Pastu langsung x dengar kabor berita. Bile time ujung Form 3 aku pon pindah dari K. Sel. ke NS. Welcome to negeri JANG!. Then, bile time aku kat UTP, aku jumpe sorang lg membe time sekolah rendah. Die ni dulu Head Boy time kecik2. Haha. Die cakap membe aku yg enrol SSBJ ni dapat tawaran berlatih kat PSV. Tu clue first, korang mest tau kan sape beliau? 

Bile aku cek2 paper, mmg betul. Die satu2 nye player Msia yang dapat tawaran tu. FYI, time tu Msia ade hold tournament CYC untuk Youth Club besaq2 satu dunia + Msia under 20. Die ni yang dulunye main striker time sekolah dlu dah jd defender. Aku pon menjadi TERAMAT salut.

Start drpd tu ak mengikuti perkembangan membe ni dan National Team secara umumnye dengan lebih bersemangat. Haha, time kecik aku tak minat bola langsung, siyes!.

Pastu, aku dapat tau die dapat main untuk Selangor dan pernah banyak kali mewakili Selangor Youth. Sekarang beliau adalah Regular untuk right back Selangor dan Malaysia. Bahkan die ni ade dalam skuad EMAS Sukan Sea Laos dan AFF Suzuki baru-baru ni. Korang konpem dah tau sape kan?
Jeng2, beliau adalah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Asraruddin Putra Omar

Aku tak tau la ko knl lg ke tak aku Asra. Maybe ramai orang ingat sebab ko feymous aku mengaku membe. haha. Tapi, ini cerita serius maa!!. Rumah die pon aku ingat lg tau! (kalo parents die tak pindah rumah la). Kat area Bandar Baru K. Sel. Sekolah kitorang pon same tau. SKBBKS. Aku bangge gile ngan ko siot. Dah la ko makin tinggi, ko punye achievement pon makin tinggi. Siap ade name kat wiki (Jeles). Papehal, aku doakan yang terbaik untuk ko. Cume aku tensen siket ngan ko time, Msia lwn Indo first game group AFF baru2 ni, ko buat silap dua kali untuk dua gol. Haha. Gurau je. Tengok ko da berjaya, aku pon termotivated untuk Berjaya. Anyway, Majulah Sukan Untuk Negara   

BM : HM Poster



BM : Kedah tundukan Kuala Lumpur

Gol minit akhir bantu Kedah menang
Pemain pertahanan Kedah Md Azmi Muslim (Kuning) mengasak Pemain Kuala Lumpur Yong Kuong Yong di dalam perlawanan Liga Super Malaysia yang berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur pada 2 April 2011. Kedah menang 1-0 ke atas KL.

KUALA LUMPUR - Pasukan pelawat Kedah berjaya mengekalkan rentak kemenangan di dalam dua perlawanan Liga Super berturut-turut setelah berjaya menang tipis 1-0 ke atas Kuala Lumpur malam tadi di Stadium Kuala Lumpur, Cheras.

Setelah berehat selama dua minggu, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi bertenaga dan penuh bersemangat untuk mendapatkan kemenangan. Md Azmi Muslim muncul wira buat skuad sang kenari apabila berjaya menjaringkan satu-satunya gol pada minit terakhir di dalam perlawanan yang disaksikan hampir 2000 orang peminat bola sepak tempatan.

Gol tunggal tersebut hadir selepas berlaku keadaan kelam-kabut di hadapan pintu gol KL yang bermula dari sepakan penjuru, Azmi bijak membaca dan melakukan rembatan tepat ke arah penjuru pintu gol untuk menewaskan penjaga gol Norazlan Razali yang agak liat untuk dibolosi.

Kedah dilihat lebih bernasib baik jika prestasi keseluruhan diukur kerana penguasaan dan peluang yang dicipta oleh KL lebih banyak berbanding anak buah bimbingan Md Radhi Mat Din. "Saya akui kami bernasib baik malam ini. Mujurlah mereka (KL) gagal memanfaatkan peluang pada masa separuh pertama jika tidak ia mungkin mengundang padah buat kami," kata Radhi Mat Din.

Para pemain tuan rumah bermain dengan penuh disiplin serta lebih banyak menguasai perlawanan berbanding Kedah yang seperti hilang persefahaman selepas terlalu lama berehat. Dua percubaan babak separuh masa pertama oleh pemain KL See Kok Luen dan Ahmad Hazwan Bakri hampir menghukum pasukan pelawat Kedah.
Tetapi mujurlah ia tersasar dan sekadar melintasi palang gol yang dikawal Abd Hadi Abd Hamid. Masuk separuh masa kedua, Radhi Mat Din menyedari kelemahan yang terdapat di dalam barisan kesebelasan pemainnya.

Lantas melakukan dua pertukaran penting iaitu membawa masuk Shafizan Hashim dan Azlan Ismail yang dilihat serba sedikit mengubah rentak permainan. "Mereka seperti tidak bermain bola pada separuh masa pertama, banyak kesilapan dan tiada idea di bahagian tengah. "Semasa rehat tadi, saya banyak bercakap dan memberi nasihat kepada pemain untuk memperbaiki aksi pada separuh masa pertama. Mujurlah mereka dapat bangkit dan membuktikan keupayaan sebenar," tambah Radhi yang juga merupakan bekas pemain Kedah.

Ketumpulan dan aksi kurang kreativiti yang dipamerkan oleh anak buah Razip Ismail nyata agak mengecewakan terutamanya apabila banyak peluang keemasan dihadapan gol gagal disudahkan dengan sebaiknya oleh para pemain KL.

Kedudukan 1-0 kekal hingga tamat permainan dan keputusan ini menyaksikan Kedah mengutip 12 mata untuk berada di tangga keenam. Kedah akan menanti kunjungan Johor FC di dalam perlawanan seterusnya di Stadium Darul Aman pada 5 April ini.

Source: Arena

BM:(Video)Selangor 2-1 Pahang LIGA SUPER 2011

SELANGOR terus menghambat pendahulu Liga Super, Kelantan apabila mengutip mata penuh di Stadium Shah Alam malam tadi selepas menewaskan Pahang 2-1 manakala Perak mengekalkan rekod tanpa kalah apabila menundukkan FELDA United 1-0 di Ipoh.

Pasukan kendalian K Devan kini melonjak ke tangga kedua liga selepas dua gol pantas dalam tempoh dua minit yang bermula seawal minit kelima menerusi Mohd Hardi Jaafar dan disusuli jaringan Mohd Amri Yahyah sebelum anak buah Dollah Salleh memperoleh gol tunggal menerusi R Karthigesu pada minit ke-87.


Source: Berita Harian

BM: (Video)T Team 3-0 Sabah LIGA SUPER 2011

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, T-Team memperoleh kemenangan kedua musim ini selepas menundukkan Sabah 3-0. Mohd Haris Safwan membuka jaringan tuan rumah seawal minit kedua diikuti tendangan percuma Zairo Anuar Zailani yang terus menerjah gawang enam minit kemudian.

Tiga minit sebelum tamat babak pertama, Norfarhan Mohamad menambah derita Sabah apabila menyempurnakan hantaran sepakan sudut Zairo yang tiba tepat kepadanya sebelum dirembat melepasi penjaga gol pelawat, Syed Adney Syed Hussain. Pada babak kedua, kedua-dua pasukan gagal menghasilkan jaringan dan kedudukan kekal 3-0.


Source: Berita Harian

Saturday 2 April 2011

BM: T/Team Baham Sabah, Perak Menang Tipis, lagi.. (Keputusan Penuh 2/4/2011)

T/Team berjaya menjinakkan Sabah dengan 3 gol berbalas kosong.

Perak menewaskan Felda United dengan hanya 1 jaringan menerusi penyerang sensasi Akmal Rizal.



Perlis seri 2-2 bertemu dengan Johor FC

Selangor menang 2-1 keatas Pahang

KL tewas 1-0 kepada Kedah

BM: Perak hanya mahu menang



BARISAN pemain Perak sudah bersedia menjadikan Felda United sebagai mangsa pada aksi Liga Super di Stadium Perak, Ipoh malam ini.




"SAYA hanya mahukan kemenangan sahaja, tiada keputusan lain."
Begitulah kehendak pengurus pasukan Perak, Khairul Izwan Harun yang disampaikan kepada barisan pemainnya menjelang pertemuan Liga Super dengan Felda United di Stadium Perak, Ipoh malam ini.
Khairul berkata, para pemain telah berjanji akan menunaikan kehendak tersebut dan berazam meraih kemenangan mutlak.
"Jika Perak masih mencatat keputusan seri, kedudukan kami dalam carta liga akan menurun kerana pencabar terdekat yang lain pasti mahu memburu tiga mata penuh," kata Khairul Izwan di Ipoh semalam.
Ketika ini, Perak berada di tangga keempat dengan mengumpul 13 mata dan masih mempertahankan rekod tanpa kalah dalam saingan liga.
Kelantan unggul selaku pendahulu liga dengan 17 mata diikuti Felda United dan Selangor yang berkongsi 14 mata.
Bagaimanapun, Perak gagal mengekalkan rekod bersih dalam kempen Liga Malaysia (Liga M) musim ini apabila tewas 1-3 kepada T-Team pada aksi suku akhir kedua Piala FA, 19 Mac lalu.
Kekalahan tersebut menyebabkan Perak yang pernah menjulang Piala FA pada tahun 1990 gagal mara ke separuh akhir apabila tewas dengan agregat 4-5.
Khairul Izwan mengakui, kekalahan tersebut turut menjejaskan semangat para pemain Perak dan pihak pengurusan telah mengadakan beberapa aktiviti bagi mengembalikan semangat mereka.
"Namun saya berharap semuanya akan kembali pulih selepas Perak mengadakan beberapa perlawanan persahabatan baru- baru ini," katanya.
Khairul Izwan turut membayangkan ketiadaan penyerang kontroversi, Razali Umar Kandasamy tidak menjejaskan persiapan skuad Seladang.
Razali dilapor bakal dikenakan hukuman daripada Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) kerana ponteng latihan selama tiga minggu tanpa sebarang alasan.
"Perak tidak bergantung kepada seseorang pemain sahaja, sebaliknya kami turun secara berpasukan," tegas Khairul Izwan.
Pada aksi malam ini, skuad Seladang akan menurunkan barisan utama yang diketuai penyerang berpengalaman, Akmal Rizal Ahmad Rakhli.
Source: Kosmo

BM: Malaysia jumpa Singapore pusingan kedua Kelayakan Olimpik


Malaysia bakal jumpa Singapore pusingan kedua Kelayakan Olimpik jika berjaya menewaskan Taiwan. Lawan dengan rival ASEAN. Mantop!!

BM: Jadual Perlawanan Malaysia Fifa Official

Ps: Official beb!!!

BM: Skuad Olimpik Malaysia ke Turki?

MESKIPUN hajatnya membawa skuad Olimpik negara berlatih di Turki Jun depan masih belum diketahui, Ong Kim Swee sekurang-kurangnya sudah mempunyai ‘pelan kedua’ untuk menguji anak buahnya sebelum menghadapi Lubnan pada perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Sukan Olimpik London 2012.

Ong Kim Swee bersama Arsene Wenger


Ini kerana, beliau dimaklumkan skuad Olimpik Bahrain dan Arab Saudi berkemungkinan besar mahu menjadikan Kuala Lumpur sebagai lokasi latihan pusat mereka Jun ini.

Kim Swee mahu mengambil kesempatan yang terhidang itu untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan itu meskipun sasaran utamanya membawa skuad Olimpik negara menjalani latihan pusat di luar negara pada 8 atau 9 Jun ini sebelum berkunjung ke Beirut.

“Kalau boleh saya mahu mengadakan latihan pusat di Turki kerana cuaca di negara itu lebih kurang sama dengan Lubnan ketika itu dan kemudahan di Turki juga bagus.

“Apabila berada di Turki, saya bercadang mengatur satu perlawanan persahabatan dengan skuad Olimpik Turki namun itu akan ditentukan oleh ejen. Saya akan bertemu pihak pengurusan (Persatuan Bola Sepak Malaysia) Isnin ini untuk membincangkan mengenai perkara ini dan saya harap dapat mengetahui keputusan selewat-lewatnya hujung minggu depan.

“Selain itu, saya mungkin berpeluang mendapat satu perlawanan ujian di sini dengan pasukan Bahrain atau Arab Saudi pada 7 Jun jika kedua-dua pasukan itu menjadikan Kuala Lumpur sebagai pangkalan latihan pusat mereka.

“Bahrain akan menentang Thailand manakala Arab Saudi pula bertemu Vietnam dan mereka sudah pasti mahu melakukan persiapan di sini sebelum perlawanan itu. Kalau ia berlaku senanglah kami untuk mengatur perlawanan,” katanya.

Skuad Olimpik negara akan memulakan latihan pusat 25 Mei ini bagi menghadapi perlawanan pertama dengan Lubnan pada 19 Jun di gelanggang lawan sebelum beraksi di arena sendiri pada 23 Jun.

Pada pusingan pertama, Malaysia menewaskan Pakistan menerusi agregat 2-0 dan jika berjaya melepasi halangan Lubnan, skuad negara akan menempah tiket ke saingan peringkat kumpulan di pusingan ketiga membabitkan 12 pasukan September ini.

Malaysia kali terakhir layak ke temasya sukan terbesar itu pada 1980 di Moscow tetapi kerajaan Malaysia memboikot penyertaan sebagai tanda protes pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan.

Sebelum itu, pemain Malaysia beraksi buat kali pertama di Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman.

source: Harian Metro

BM: Kelantan menang lawan Harimau Muda A

Kota Bharu: Pasukan Kelantan menang 2-1 keatas HMA. Dua gol Kelantan dijaringkan oleh K Solehin dan S. Chanturu pada babak pertama.
CHANTURU (kiri) cuba dihalang   Mohd Affize Faizal Mamat dalam perlawanan  di Kota Bharu, malam tadi. - Foto Syamsi Suhaimi


Dengan kemenangan itu, Kelantan mengukuhkan cengkaman di tangga teratas Liga Super sekalipun pada babak pertama, pasukan kendalian Ong Kim Swee lebih banyak menguasai permainan dengan beberapa percubaan jarak jauh tetapi gagal menembus kubu terakhir tuan rumah yang dikawal ketat penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat.
Ketika dua pemain skuad Olimpik kebangsaan milik Harimau Muda A, Wan Zaharulnizam Zakaria dan Mohd Irfan Fazail cuba mengulangi jaringan cantik sewaktu menewaskan Pakistan tempoh hari, Kelantan melakukan serangan balas untuk gol pertama perlawanan.

Pada minit ke-11, Solehin yang melakukan larian cantik dari sebelah kanan, bijak mencari ruang untuk melepaskan rembatan yang terkena kaki pertahanan Mohd Fadhli Shas dan menewaskan penjaga gol Harimau, Mohd Zamir Selamat.

Kelantan bersemangat selepas gol itu dan menggandakan jaringan pada minit ke-24 selepas kesilapan bek tengah Harimau, Mohd Amer Saidin yang lalai dan disudahi Chanturu untuk Zamir tertewas kali kedua.

Ketika menuju ke penghujung babak pertama, kelalaian tuan rumah akhirnya membolehkan Harimau Muda A merapatkan jurang apabila Irfan yang tidak dikawal, menyambut hantaran Zaharulnizam bagi gol tunggal Harimau.

Pada babak kedua, Kim Swee membuat pertukaran dengan memasukkan tiga penyerang, Wan Zack Haikal, Syahrul Azwari dan Izzaq Faris Ramlan tetapi gagal mencari gol penyamaan, malah hampir dihukum kepantasan serangan balas tuan rumah.


Source: Berita Harian

Friday 1 April 2011

BM: HM Poster



Tengah usha2 google jumpe gambar nih... Mantop!!

Ps: 29.12.2010 Slowpoke. haha

BM: Harimau Malaya fixtures





Lebanon-U21 VS Malaysia-U21 19 June
Malaysia-U21 VS Lebanon-U21 23 June
Malaysia VS Taiwan 29 June
Taiwan VS Malaysia 3 July
Malaysia VS Chelsea 10July
Malaysia VS Liverpool 12July
Malaysia VS Arsenal 14July
Singapore VS "Malaysia" 23 July
"Malaysia" VS Singapore 28 July

AFC U-16 Championship 2012 (Q-Draw)



Malaysia U-16 diundi bersama Korea Utara, China, Timor Leste, Singapore, dan Macau.

Malaysia wary of Middle East side despite their lower ranking

PETALING JAYA: Malaysia have been drawn to play against Lebanon in the second round of the 2012 London Olympics men’s football qualifying tournament for Asia.

It will be a tall order for Malaysia even though they are ranked higher than the Middle East side on the FIFA list.

“We have to play against one of the heavyweights (seeded teams) and Lebanon are no exception even though, strangely, we hold a higher ranking (138th against 169th) than them,” said coach Ong Kim Swee after the draw at the AFC headquarters in Kuala Lumpur yesterday.

“Lebanon gave a strong showing in the qualifying rounds for the last Olympics (in Beijing in 2008). I have been told that they have also beaten Syria and Qatar in friendly matches.

“My immediate task is to do some research and gather information on the Lebanese Olympic side. I need to get some insight on our opponents before I get to work with my boys.”

Malaysia defeated Pakistan 2-0 on aggregate in the first round last month. In fact, the passage is bound to get tougher for Kim Swee’s charges, who are mostly from the Harimau Muda A (national Under-21) side currently playing in the Super League.

Lebanon will host the first leg on June 19 and the return match will be played in Kuala Lumpur on June 23.

Asia have 3.5 slots for the London Olympics. The 12 winners in the second round will be divided into three groups of four teams each and matches will be played from Sept 21 to March 14. The group winners qualify for the London Games.

The second-place teams will play off at a centralised venue from March 25-29 with the winners getting a tie against an African side for a place in the Olympics.

Among the interesting second-round ties is the one between arch-rivals Iraq and Iran.

Iraq, who stole the limelight by making it to the semi-finals of the 2004 Athens Olympics, are aiming to play in the Olympics for a fifth time after 1980, 1984, 1988 and 2004.

Iran reached the quarter-finals of the 1976 Montreal Olympics and also qualified for the next edition in Moscow but did not take part because of a boycott. They are also making a bid for a fifth appearance after 1964, 1972, 1976 and 1980.

Japan, who have featured eight times in the Olympics, will play against Kuwait.

The draw for the first round of the Asian qualifying competition for the 2014 FIFA World Cup was also conducted and Malaysia are up against Taiwan. Malaysia are at home for the first-leg on June 29 and the return match will be held on July 3. The winners play against Singapore in the second round.

In the AFC Under-19 championship, Malaysia have been drawn in Group F with defending champions North Korea, Vietnam, Myanmar and Laos.

In the Under-16 tournament, Malaysia are in Group E with defending champions North Korea, China, Timor Leste, Singapore and Macau.

THE DRAWS

Pre-Olympics (second round): Qatar vs India, Iraq vs Iran, Bahrain vs Thailand, Australia vs Yemen, Japan vs Kuwait, Syria vs Turkmenistan, North Korea vs UAE, South Korea vs Jordan, Uzbekistan vs Hong Kong, Saudi Arabia vs Vietnam, China vs Oman, Lebanon vs Malaysia.

Pre-World Cup (first round): Malaysia vs Taiwan, Bangladesh vs Pakistan, Cambodia vs Laos, Sri Lanka vs the Philippines, Afghanistan vs Palestine, Vietnam vs Macau, Nepal vs Timor Leste, Mongolia vs Myanmar.

BM: Kelantan vs Skuad Olimpik Malaysia (HMA)


Skuad Kelantan

USAHA memperkasakan barisan Olimpik kebangsaan menjelang pusingan kelayakan terakhir menentang Lubnan bersambung dengan Harimau Muda A akan ke Kota Bharu bertemu pendahulu Liga Super, Kelantan, malam ini.


Sebaik mengetahui lawan yang bakal ditemui pada timbal balik 19 dan 23 Jun ini, Ong Kim Swee kini mengalihkan perhatian kepada tugasan di peringkat domestik selepas berehat hampir sebulan.
Kelantan diketuai Norshahrul Idlan Talaha menjanjikan ujian paling sukar buat Kim Swee dengan barisan Pantai Timur itu pasti mahu menggunakan perlawanan ini menjarakkan diri daripada pencabar, Felda United dan Selangor yang kini hanya dipisahkan dengan perbezaan jaringan.

“Kami sudah mengetahui lawan yang bakal kami temui nanti iaitu Lubnan dan kini tumpuan kami beralih kepada pertemuan menentang Kelantan esok (hari ini).

“Mulai sekarang, setiap perlawanan begitu penting kerana ia menjadi sebahagian daripada persiapan kami untuk bertemu Lubnan nanti. Kelantan adalah ujian terbesar buat kami dengan mereka akan turun sebagai pendahulu liga dan pastinya akan turun mempertahankan kedudukan itu,” katanya.

Harimau Muda A sedikit pincang dengan ketiadaan pertahanan Mohd Muslim Ahmad yang bakal diketepikan daripada kecederaan.
“Saya tidak dapat menurunkan Muslim tetapi ini tidak akan menjejaskan persiapan saya kerana masih memiliki pilihan lain untuk diturunkan. Ia juga akan memberikan kesempatan untuk mencuba pemain baru,” katanya.

Source: Berita Harian

BM: Malaysia jumpa Taiwan & Lubnan

Malaysia bakal berjumpa dengan Taiwan dan Lubnan untuk pusingan kedua kelayakan Olimpik 2012 dan Piala Dunia 2014 di Brazil. Ranking Malaysia: 138

Shirt badge/Association crest
Chinese Taipei
Fifa Ranking: 147
Kelayakan Piala Dunia 2014

Shirt badge/Association crest

Lebanon
Fifa Ranking: 169
Kelayakan Olimpik 2012

BM: Malaysia vs Etoile FC (Result & Review)



Malaysia Football Team


Singapore: After a blistering start, Malaysia had only managed to salvage a 1-1 draw in a very physical match versus Etoile FC. Etoile FC powered by French born lineup played with high tempo and managed to caught Malaysian defenses  in several occasion. Malaysia, without their AFF Suzuki top goalscorer Safee Sali, was in a front foot with goal by a young Negeri Sembilan striker Fakri Shaarani. Fakri scored with a header in 7th minutes after he collected a cross by Asraruddin Putra following corner taken by skipper Safiq Rahim.


Shock by the goal, Etoile FC continue to press and managed to level the game in 61st minutes following a cracking shot by Hicham Bouchemial. Substitute goalkeeper Sharbinee managed to make several crucial saves including a point blank range header by Camara following a corner. Etoile FC continue to press especially during set piece situations by taking advantage of their physical attributes. However, the Harimau Malaya stood on their ground and creating several crisp pass and chances themselves only to be denied by a poor Amirul Hadi shot. The game ended with 1-1 and marked a real improvement of quality in Harimau Malaya tactical play against a quality opponent.