Kota Bharu: Pasukan Kelantan menang 2-1 keatas HMA. Dua gol Kelantan dijaringkan oleh K Solehin dan S. Chanturu pada babak pertama.
Dengan kemenangan itu, Kelantan mengukuhkan cengkaman di tangga teratas Liga Super sekalipun pada babak pertama, pasukan kendalian Ong Kim Swee lebih banyak menguasai permainan dengan beberapa percubaan jarak jauh tetapi gagal menembus kubu terakhir tuan rumah yang dikawal ketat penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat.
Ketika dua pemain skuad Olimpik kebangsaan milik Harimau Muda A, Wan Zaharulnizam Zakaria dan Mohd Irfan Fazail cuba mengulangi jaringan cantik sewaktu menewaskan Pakistan tempoh hari, Kelantan melakukan serangan balas untuk gol pertama perlawanan.
Pada minit ke-11, Solehin yang melakukan larian cantik dari sebelah kanan, bijak mencari ruang untuk melepaskan rembatan yang terkena kaki pertahanan Mohd Fadhli Shas dan menewaskan penjaga gol Harimau, Mohd Zamir Selamat.
Kelantan bersemangat selepas gol itu dan menggandakan jaringan pada minit ke-24 selepas kesilapan bek tengah Harimau, Mohd Amer Saidin yang lalai dan disudahi Chanturu untuk Zamir tertewas kali kedua.
Ketika menuju ke penghujung babak pertama, kelalaian tuan rumah akhirnya membolehkan Harimau Muda A merapatkan jurang apabila Irfan yang tidak dikawal, menyambut hantaran Zaharulnizam bagi gol tunggal Harimau.
Pada babak kedua, Kim Swee membuat pertukaran dengan memasukkan tiga penyerang, Wan Zack Haikal, Syahrul Azwari dan Izzaq Faris Ramlan tetapi gagal mencari gol penyamaan, malah hampir dihukum kepantasan serangan balas tuan rumah.
Source: Berita Harian
0 comments:
Post a Comment