Friday, 1 April 2011
BM: Kelantan vs Skuad Olimpik Malaysia (HMA)
Skuad Kelantan
USAHA memperkasakan barisan Olimpik kebangsaan menjelang pusingan kelayakan terakhir menentang Lubnan bersambung dengan Harimau Muda A akan ke Kota Bharu bertemu pendahulu Liga Super, Kelantan, malam ini.
Sebaik mengetahui lawan yang bakal ditemui pada timbal balik 19 dan 23 Jun ini, Ong Kim Swee kini mengalihkan perhatian kepada tugasan di peringkat domestik selepas berehat hampir sebulan.
Kelantan diketuai Norshahrul Idlan Talaha menjanjikan ujian paling sukar buat Kim Swee dengan barisan Pantai Timur itu pasti mahu menggunakan perlawanan ini menjarakkan diri daripada pencabar, Felda United dan Selangor yang kini hanya dipisahkan dengan perbezaan jaringan.
“Kami sudah mengetahui lawan yang bakal kami temui nanti iaitu Lubnan dan kini tumpuan kami beralih kepada pertemuan menentang Kelantan esok (hari ini).
“Mulai sekarang, setiap perlawanan begitu penting kerana ia menjadi sebahagian daripada persiapan kami untuk bertemu Lubnan nanti. Kelantan adalah ujian terbesar buat kami dengan mereka akan turun sebagai pendahulu liga dan pastinya akan turun mempertahankan kedudukan itu,” katanya.
Harimau Muda A sedikit pincang dengan ketiadaan pertahanan Mohd Muslim Ahmad yang bakal diketepikan daripada kecederaan.
“Saya tidak dapat menurunkan Muslim tetapi ini tidak akan menjejaskan persiapan saya kerana masih memiliki pilihan lain untuk diturunkan. Ia juga akan memberikan kesempatan untuk mencuba pemain baru,” katanya.
Source: Berita Harian
Labels:
Liga Super
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment