Click Sini:

Wednesday 29 June 2011

BM: Malaysia 2 vs 1 Taiwan (Result + Videos)


Bukit Jalil - Skuad Negara kelihatan agak goyah pada 15 minit terawal di separuh masa pertama dengan membenarkan pemain Chinese Taipei melakukan sepakan-sepakan deras dari luar kotak penalti. Setelah itu, Dato K. Rajagopal dilihat ingin menukar corak taktikal permainan. Beliau menggantikan bek kanan iaitu Helmi dengan penyerang sensasi Terengganu iaitu Abdul Hadi Yahya. Pertukaran tersebut dilihat mendatangkan hasil apabila Hadi bersama-sama dengan Kunanlan berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan pihak lawan.

Malaysia memperoleh gol pertama menerusi rembatan cantik ketua pasukan Safiq Rahim pada babak pertama. Pada babak kedua Aidil Zafuan membuat tandukan kemas hasil hantaran Safiq Rahim susulan daripada sepakan sudut. Malaysia dilihat seperti kehilangan rentak apabila 'general midfield' Safiq Rahim menerima terjahan keras dari pihak lawan dan tidak dapat beraksi dengan baik. Ketika pemain Harimau kelihatan agak leka, pemain gantian Chinese Taipei menjaringkan gol sagu hati pasukan lawan hasil daripada gerakan pantas pemain sayapnya.

Tugasan berat perlu dipikul oleh skuad negara berikutan daripada bekalan satu gol pihak pelawat apabila Harimau Malaya bertandang ke Chinese Taipei kelak. Tapi aku yakin pemain Malaysia dapat menggalas cabaran ini dengan lebih baik dan berharap lebih ramai pemain utama dapat diturunkan seperti Khairul Fahmi dan Norshahrul Idlan Talaha.

Diharap pemain yang mengalami kecedaran pada perlawanan tadi seperti Safee Sali dan Safiq Rahim akan kembali pulih untuk perlawanan di pusingan kedua. Jika dilihat daripada analisis perlawanan, Chinese Taipei dilihat agak tumpul dari segi serangan dan semua percubaan yang dihasilkan adalah dari jarak jauh kecuali melalui satu counter yang menghasilkan gol. Namun, 'unknown quantity' iaitu dua pemain mereka yang pernah bermain di liga Sepanyol dan Belgium masih lagi disimpan dan belum di tonjolkan. - BM



Malaysia vs Taiwan: Ayuh Penyokong ke-12!!!

mengaum lapar sang SINGA UTARA,
sang KENARI terbang membelah awan
gagah SELADANG ibarat badang,
laju HARIMAU KUMBANG ibarat pejuang,
dahaga THE RED WARRIORS kerana darah,
......tangisan PENYU kerana maruah,
GERGASI MERAH marah membara,
tanduk sang RUSA kerana perkasa,
bisa Si Jengking bukan kepalang,
lincah HANG TUAH si pahlwan bangsa ,
tenang-tenang Si BUJANG SENANG,
amuk TOK GAJAH kalau di usik,
lalu sang BADAK gerun melanda,
kerana HARIMAU MALAYA mereka turutkan,


bersatu menentang TAIWAN


Credit to Zarn Reyes