Click Sini:

Showing posts with label Liga Super. Show all posts
Showing posts with label Liga Super. Show all posts

Saturday, 30 April 2011

Keputusan Liga Super 29/04/2011

Terengganu 1 vs 1 Selangor



Perak 1 vs 3 Kedah

Sunday, 24 April 2011

BM: Keputusan Liga Super 23/4/2011 (Result & Video)

Terengganu 3-0 Perak

Sabah 1-2 Selangor

Negeri Sembilan 3-1 Pahang




Kedah 1-2 Harimau Muda A


Johor FC 2-1 Terengganu

Sunday, 17 April 2011

BM: Keputusan Liga Super 16/4/2011, Selangor Kukuhkan Kedudukan

KELANTAN 0 SABAH 0


SELANGOR 1 PERAK 0


KUALA LUMPUR 3 T-TEAM 1





JOHOR FC 0 HARIMAU MUDA A 1

KEDAH 1 PAHANG 0

PERLIS 3 N SEMBILAN 2

Tuesday, 12 April 2011

BM: Perak Ganyang Kelantan (Result & Video)

Perak membelasah Kelantan dengan jaringan 4 berbalas 0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Ipoh sebentar tadi.

Gol pertama


Gol kedua


Gol ketiga


Gol keempat


Lain lain:
Harimau Muda A 1 - 0 Kuala Lumpur
Pahang 0 - 0 Johor FC
Felda United FC 0 - 1 Selangor


Negeri Sembilan 0 - 2 Kedah
T-Team 0 - 1 Terengganu
Sabah 2 - 2 Perlis

Sunday, 10 April 2011

BM: Kelantan Rebut Semula Takhta Liga - Result dan Video

Keputusan Liga Super 09/04/2011

Kelantan 6-0 Felda United
Selangor 0-2 T-Team


Sabah 2-1 Perak
Terangganu 3-1 Harimau Muda


Johor fc 0-0 Negeri Sembilan
Kuala Lumpur 0-0 Pahang
Kedah 1-0 Perlis

Saturday, 9 April 2011

BM: Kedah tupaskan Perlis di halaman sendiri

Kedah menang tipis 1-0 keatas Perlis di Stadium Utama, Kangar semalam. Penalti Baddrol Bakhtiar pada babak pertama menyaksikan Perlis terus dirundung malang dalam pertemuan sesama utara yang berpihak 1-0 kepada Kedah di Stadium Utama, Kangar malam tadi. Baca sini


Thursday, 7 April 2011

BM: (Video) Pahang 1-2 Terengganu LIGA SUPER 2011

Terengganu naik ke tangga ke-4 Liga Super selepas menewaskan Pahang di gelangang sendiri.


Ps: Ganu Kite!!!

Wednesday, 6 April 2011

Tuesday, 5 April 2011

BM: Update Keputusan 5/4/2011, Selangor Pendahulu Liga Super!!!

Selangor berjaya merampas takhta liga setelah menewaskan Harimau Muda A 2-1 dalam perlawanan yang ber langsung sebentar tadi. Lain-lain keputusan:

PERAK 2-PERLIS

FELDA UNITED 1-1 SABAH

HARIMAU MUDA A 1-2 SELANGOR

N.SEMBILAN 0-1 K.LUMPUR

T-TEAM 4-3 KELANTAN


KEDAH 1-2 JOHOR FC

Gol 1st Johor FC

Gol 2nd Johor FC

Gol 3rd Kedah

Sunday, 3 April 2011

BM : Kedah tundukan Kuala Lumpur

Gol minit akhir bantu Kedah menang
Pemain pertahanan Kedah Md Azmi Muslim (Kuning) mengasak Pemain Kuala Lumpur Yong Kuong Yong di dalam perlawanan Liga Super Malaysia yang berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur pada 2 April 2011. Kedah menang 1-0 ke atas KL.

KUALA LUMPUR - Pasukan pelawat Kedah berjaya mengekalkan rentak kemenangan di dalam dua perlawanan Liga Super berturut-turut setelah berjaya menang tipis 1-0 ke atas Kuala Lumpur malam tadi di Stadium Kuala Lumpur, Cheras.

Setelah berehat selama dua minggu, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi bertenaga dan penuh bersemangat untuk mendapatkan kemenangan. Md Azmi Muslim muncul wira buat skuad sang kenari apabila berjaya menjaringkan satu-satunya gol pada minit terakhir di dalam perlawanan yang disaksikan hampir 2000 orang peminat bola sepak tempatan.

Gol tunggal tersebut hadir selepas berlaku keadaan kelam-kabut di hadapan pintu gol KL yang bermula dari sepakan penjuru, Azmi bijak membaca dan melakukan rembatan tepat ke arah penjuru pintu gol untuk menewaskan penjaga gol Norazlan Razali yang agak liat untuk dibolosi.

Kedah dilihat lebih bernasib baik jika prestasi keseluruhan diukur kerana penguasaan dan peluang yang dicipta oleh KL lebih banyak berbanding anak buah bimbingan Md Radhi Mat Din. "Saya akui kami bernasib baik malam ini. Mujurlah mereka (KL) gagal memanfaatkan peluang pada masa separuh pertama jika tidak ia mungkin mengundang padah buat kami," kata Radhi Mat Din.

Para pemain tuan rumah bermain dengan penuh disiplin serta lebih banyak menguasai perlawanan berbanding Kedah yang seperti hilang persefahaman selepas terlalu lama berehat. Dua percubaan babak separuh masa pertama oleh pemain KL See Kok Luen dan Ahmad Hazwan Bakri hampir menghukum pasukan pelawat Kedah.
Tetapi mujurlah ia tersasar dan sekadar melintasi palang gol yang dikawal Abd Hadi Abd Hamid. Masuk separuh masa kedua, Radhi Mat Din menyedari kelemahan yang terdapat di dalam barisan kesebelasan pemainnya.

Lantas melakukan dua pertukaran penting iaitu membawa masuk Shafizan Hashim dan Azlan Ismail yang dilihat serba sedikit mengubah rentak permainan. "Mereka seperti tidak bermain bola pada separuh masa pertama, banyak kesilapan dan tiada idea di bahagian tengah. "Semasa rehat tadi, saya banyak bercakap dan memberi nasihat kepada pemain untuk memperbaiki aksi pada separuh masa pertama. Mujurlah mereka dapat bangkit dan membuktikan keupayaan sebenar," tambah Radhi yang juga merupakan bekas pemain Kedah.

Ketumpulan dan aksi kurang kreativiti yang dipamerkan oleh anak buah Razip Ismail nyata agak mengecewakan terutamanya apabila banyak peluang keemasan dihadapan gol gagal disudahkan dengan sebaiknya oleh para pemain KL.

Kedudukan 1-0 kekal hingga tamat permainan dan keputusan ini menyaksikan Kedah mengutip 12 mata untuk berada di tangga keenam. Kedah akan menanti kunjungan Johor FC di dalam perlawanan seterusnya di Stadium Darul Aman pada 5 April ini.

Source: Arena

BM:(Video)Selangor 2-1 Pahang LIGA SUPER 2011

SELANGOR terus menghambat pendahulu Liga Super, Kelantan apabila mengutip mata penuh di Stadium Shah Alam malam tadi selepas menewaskan Pahang 2-1 manakala Perak mengekalkan rekod tanpa kalah apabila menundukkan FELDA United 1-0 di Ipoh.

Pasukan kendalian K Devan kini melonjak ke tangga kedua liga selepas dua gol pantas dalam tempoh dua minit yang bermula seawal minit kelima menerusi Mohd Hardi Jaafar dan disusuli jaringan Mohd Amri Yahyah sebelum anak buah Dollah Salleh memperoleh gol tunggal menerusi R Karthigesu pada minit ke-87.


Source: Berita Harian

BM: (Video)T Team 3-0 Sabah LIGA SUPER 2011

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, T-Team memperoleh kemenangan kedua musim ini selepas menundukkan Sabah 3-0. Mohd Haris Safwan membuka jaringan tuan rumah seawal minit kedua diikuti tendangan percuma Zairo Anuar Zailani yang terus menerjah gawang enam minit kemudian.

Tiga minit sebelum tamat babak pertama, Norfarhan Mohamad menambah derita Sabah apabila menyempurnakan hantaran sepakan sudut Zairo yang tiba tepat kepadanya sebelum dirembat melepasi penjaga gol pelawat, Syed Adney Syed Hussain. Pada babak kedua, kedua-dua pasukan gagal menghasilkan jaringan dan kedudukan kekal 3-0.


Source: Berita Harian

Saturday, 2 April 2011

BM: T/Team Baham Sabah, Perak Menang Tipis, lagi.. (Keputusan Penuh 2/4/2011)

T/Team berjaya menjinakkan Sabah dengan 3 gol berbalas kosong.

Perak menewaskan Felda United dengan hanya 1 jaringan menerusi penyerang sensasi Akmal Rizal.



Perlis seri 2-2 bertemu dengan Johor FC

Selangor menang 2-1 keatas Pahang

KL tewas 1-0 kepada Kedah

BM: Perak hanya mahu menang



BARISAN pemain Perak sudah bersedia menjadikan Felda United sebagai mangsa pada aksi Liga Super di Stadium Perak, Ipoh malam ini.




"SAYA hanya mahukan kemenangan sahaja, tiada keputusan lain."
Begitulah kehendak pengurus pasukan Perak, Khairul Izwan Harun yang disampaikan kepada barisan pemainnya menjelang pertemuan Liga Super dengan Felda United di Stadium Perak, Ipoh malam ini.
Khairul berkata, para pemain telah berjanji akan menunaikan kehendak tersebut dan berazam meraih kemenangan mutlak.
"Jika Perak masih mencatat keputusan seri, kedudukan kami dalam carta liga akan menurun kerana pencabar terdekat yang lain pasti mahu memburu tiga mata penuh," kata Khairul Izwan di Ipoh semalam.
Ketika ini, Perak berada di tangga keempat dengan mengumpul 13 mata dan masih mempertahankan rekod tanpa kalah dalam saingan liga.
Kelantan unggul selaku pendahulu liga dengan 17 mata diikuti Felda United dan Selangor yang berkongsi 14 mata.
Bagaimanapun, Perak gagal mengekalkan rekod bersih dalam kempen Liga Malaysia (Liga M) musim ini apabila tewas 1-3 kepada T-Team pada aksi suku akhir kedua Piala FA, 19 Mac lalu.
Kekalahan tersebut menyebabkan Perak yang pernah menjulang Piala FA pada tahun 1990 gagal mara ke separuh akhir apabila tewas dengan agregat 4-5.
Khairul Izwan mengakui, kekalahan tersebut turut menjejaskan semangat para pemain Perak dan pihak pengurusan telah mengadakan beberapa aktiviti bagi mengembalikan semangat mereka.
"Namun saya berharap semuanya akan kembali pulih selepas Perak mengadakan beberapa perlawanan persahabatan baru- baru ini," katanya.
Khairul Izwan turut membayangkan ketiadaan penyerang kontroversi, Razali Umar Kandasamy tidak menjejaskan persiapan skuad Seladang.
Razali dilapor bakal dikenakan hukuman daripada Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) kerana ponteng latihan selama tiga minggu tanpa sebarang alasan.
"Perak tidak bergantung kepada seseorang pemain sahaja, sebaliknya kami turun secara berpasukan," tegas Khairul Izwan.
Pada aksi malam ini, skuad Seladang akan menurunkan barisan utama yang diketuai penyerang berpengalaman, Akmal Rizal Ahmad Rakhli.
Source: Kosmo

BM: Kelantan menang lawan Harimau Muda A

Kota Bharu: Pasukan Kelantan menang 2-1 keatas HMA. Dua gol Kelantan dijaringkan oleh K Solehin dan S. Chanturu pada babak pertama.
CHANTURU (kiri) cuba dihalang   Mohd Affize Faizal Mamat dalam perlawanan  di Kota Bharu, malam tadi. - Foto Syamsi Suhaimi


Dengan kemenangan itu, Kelantan mengukuhkan cengkaman di tangga teratas Liga Super sekalipun pada babak pertama, pasukan kendalian Ong Kim Swee lebih banyak menguasai permainan dengan beberapa percubaan jarak jauh tetapi gagal menembus kubu terakhir tuan rumah yang dikawal ketat penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat.
Ketika dua pemain skuad Olimpik kebangsaan milik Harimau Muda A, Wan Zaharulnizam Zakaria dan Mohd Irfan Fazail cuba mengulangi jaringan cantik sewaktu menewaskan Pakistan tempoh hari, Kelantan melakukan serangan balas untuk gol pertama perlawanan.

Pada minit ke-11, Solehin yang melakukan larian cantik dari sebelah kanan, bijak mencari ruang untuk melepaskan rembatan yang terkena kaki pertahanan Mohd Fadhli Shas dan menewaskan penjaga gol Harimau, Mohd Zamir Selamat.

Kelantan bersemangat selepas gol itu dan menggandakan jaringan pada minit ke-24 selepas kesilapan bek tengah Harimau, Mohd Amer Saidin yang lalai dan disudahi Chanturu untuk Zamir tertewas kali kedua.

Ketika menuju ke penghujung babak pertama, kelalaian tuan rumah akhirnya membolehkan Harimau Muda A merapatkan jurang apabila Irfan yang tidak dikawal, menyambut hantaran Zaharulnizam bagi gol tunggal Harimau.

Pada babak kedua, Kim Swee membuat pertukaran dengan memasukkan tiga penyerang, Wan Zack Haikal, Syahrul Azwari dan Izzaq Faris Ramlan tetapi gagal mencari gol penyamaan, malah hampir dihukum kepantasan serangan balas tuan rumah.


Source: Berita Harian

Friday, 1 April 2011

BM: Kelantan vs Skuad Olimpik Malaysia (HMA)


Skuad Kelantan

USAHA memperkasakan barisan Olimpik kebangsaan menjelang pusingan kelayakan terakhir menentang Lubnan bersambung dengan Harimau Muda A akan ke Kota Bharu bertemu pendahulu Liga Super, Kelantan, malam ini.


Sebaik mengetahui lawan yang bakal ditemui pada timbal balik 19 dan 23 Jun ini, Ong Kim Swee kini mengalihkan perhatian kepada tugasan di peringkat domestik selepas berehat hampir sebulan.
Kelantan diketuai Norshahrul Idlan Talaha menjanjikan ujian paling sukar buat Kim Swee dengan barisan Pantai Timur itu pasti mahu menggunakan perlawanan ini menjarakkan diri daripada pencabar, Felda United dan Selangor yang kini hanya dipisahkan dengan perbezaan jaringan.

“Kami sudah mengetahui lawan yang bakal kami temui nanti iaitu Lubnan dan kini tumpuan kami beralih kepada pertemuan menentang Kelantan esok (hari ini).

“Mulai sekarang, setiap perlawanan begitu penting kerana ia menjadi sebahagian daripada persiapan kami untuk bertemu Lubnan nanti. Kelantan adalah ujian terbesar buat kami dengan mereka akan turun sebagai pendahulu liga dan pastinya akan turun mempertahankan kedudukan itu,” katanya.

Harimau Muda A sedikit pincang dengan ketiadaan pertahanan Mohd Muslim Ahmad yang bakal diketepikan daripada kecederaan.
“Saya tidak dapat menurunkan Muslim tetapi ini tidak akan menjejaskan persiapan saya kerana masih memiliki pilihan lain untuk diturunkan. Ia juga akan memberikan kesempatan untuk mencuba pemain baru,” katanya.

Source: Berita Harian