Click Sini:

Sunday, 3 April 2011

BM:(Video)Selangor 2-1 Pahang LIGA SUPER 2011

SELANGOR terus menghambat pendahulu Liga Super, Kelantan apabila mengutip mata penuh di Stadium Shah Alam malam tadi selepas menewaskan Pahang 2-1 manakala Perak mengekalkan rekod tanpa kalah apabila menundukkan FELDA United 1-0 di Ipoh.

Pasukan kendalian K Devan kini melonjak ke tangga kedua liga selepas dua gol pantas dalam tempoh dua minit yang bermula seawal minit kelima menerusi Mohd Hardi Jaafar dan disusuli jaringan Mohd Amri Yahyah sebelum anak buah Dollah Salleh memperoleh gol tunggal menerusi R Karthigesu pada minit ke-87.


Source: Berita Harian

BM: (Video)T Team 3-0 Sabah LIGA SUPER 2011

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, T-Team memperoleh kemenangan kedua musim ini selepas menundukkan Sabah 3-0. Mohd Haris Safwan membuka jaringan tuan rumah seawal minit kedua diikuti tendangan percuma Zairo Anuar Zailani yang terus menerjah gawang enam minit kemudian.

Tiga minit sebelum tamat babak pertama, Norfarhan Mohamad menambah derita Sabah apabila menyempurnakan hantaran sepakan sudut Zairo yang tiba tepat kepadanya sebelum dirembat melepasi penjaga gol pelawat, Syed Adney Syed Hussain. Pada babak kedua, kedua-dua pasukan gagal menghasilkan jaringan dan kedudukan kekal 3-0.


Source: Berita Harian